Dia Idolaku

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Tiba tiba terdetik dihati untuk menulis sesuatu diVblog ini. Maaf jika entry ini kurang memuaskan.
17062012 pada hari Ahad yang lepas merupakan Father's Day kan?
Aishah tidak memberi apa apa kepada abah. Mungkin belum masa nya. InsyaAllah lepas tamat persekolahan nanti.




Abah tidak kisah jika tidak diingat semua itu. Padanya, yang penting ialah pelajaran, mendengar kata dia.
Malam tadi, sedang aku membasuh pinggan sambil mengomel kecil, tiba tiba abah berkata "Cuba aka baca ni". Aku pun baca text itu dan cuba fikir, jika dalam text itu berbunyi seperti ini " Tahniah mie, kau dah berjaya dalam hidup. Kau tak menyusahkan orang lain. Aku tabik kau", apa yang pernah terjadi dahulu? Sewaktu abahku dia beri kepada makciknya, kemudian mak angkat. Apakah perasaan kalian jika diperlaku seperti itu? Itu apa yang ku tahu.


Belum lagi kisah lama abah. Peritiwa hitamnya.
Abah dilahir kan di Batu Pahat. Abah pernah kata, "Dulu, abah dilahirkan kat Batu Pahat. Dibesar kan kat Negori. Di kawenkan kat Kota Tinggi".
Nampak tak perjalanan nya itu? Apa yang aku tahu, abah tidak tahu apa apa mengenai ibu kandungnya. Banyak benda yang telah abah cerita kan. Antaranya kenakalan nya sewaktu tinggal di Negeri Sembilan. Dulu, abah selalu diharapkan membersih kan sawah. Menoreh. Hmm, pokok nya semua kerja abah yang perlu lakukan. Tetapi, kini aku yakin abah lah yang paling berjaya. 


Kerana tiada seorang pun yang dulu bersama sama abah bermain dan bergaduh mampu membeli rumah, kereta dan membina keluarga seperti abah. Abah dan Ibu serta adik adik everything to me. No one else ♥