Coretan Malamku

Assalamualaikum danHi!


Alhamdulillah aku dapat meng-update VBlog kesayangan ku ini. Meski ini VBlog, tidak semestinya aku perlu berVBlog sahaja kan?


Malam ini, sungguh sepi. Tanpa suara. Aku mengambil kesempatan untuk menulis blog pada masa masa seperti ini. Sementara minda ku melayang entah kemana memikirkan apa yang bakal terjadi. Jari jemari ku hanya tahu type dan type sahaja.


Aku memohon maaf kerana menggunakan penulisan serta  bahasa yang agak baku dan mungkin membosankan. Tidak terniat untuk menyinggung atau membuat mana mana pihak untuk berasa bosan akan entry kali ini. Aku hanya ingin mencuba. Tidak salah kan?


"Ya aku yakin tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baharu bagi diriku yang serba boleh ini" aku bermonolog sendiri. *girls be jelly please*


Malam malam begini, aku pasti ramai yang mempersiapkan diri untuk di buai mimpi indah. Mungkin mimpi bertemu dengan jejaka/wanita idaman. *manalah tahu kan*

Mungkin juga ada yang mengambil keputusan untuk memencil kan diri di dalam kamar sama seperti aku yang suka bersendirian.


Aku memang suka berjauhan dari orang. Tapi itu tidak bermakna aku seorang yang sombong. Aku lebih selesa bersendiri dikala remaja lain menyibuk kan diri mereka dengan ber-dating. Aku juga bukan seorang ulat buku. Aku akan membaca sesuatu yang dapat menarik minat ku. Contohnya seperti sesuatu yang berkaitan dengan Navy.

Aku juga seorang yang amat sensitif. Aku mudah mengalir kan air mata. Tapi, dalam masa yang sama aku juga seorang yang teramat ego.

Aku sedar tentang itu. Tetapi ..


Aku mempunyai seorang rakan karib. Aku tidak pasti sama ada dia memahami aku atau tidak. Yang aku pasti aku cukup menyayangi dan cukup faham dia. Nadzirah. Meski dia bersekolah di Melaka. Dia tidak pernah lupa akan ku. Terima kasih kawan.


"Aduh, mataku mula membuat masalah dengan cara mengabur kan mataku. Oh jangan!" kata hati kecilku.


Aku berasa penat. Hanya coretan random ku ini dapat ku beri kan.

Assalamualaikum,

Selamat Malam ♥


Published with Blogger-droid v2.0.4